fbpx

Lady Gaga dituduh amal ilmu hitam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LADY Gaga

PENYANYI terkenal Lady Gaga dituduh netizen mengamalkan ilmu hitam selepas berlakunya satu insiden semasa menjayakan konsert Chromantica Ball World Tour di Jerman, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang dianggap aneh itu, Gaga sedang beraksi di atas pentas sebelum seorang penonton tiba-tiba membaling sejenis objek tidak diketahui ke arah penyanyi itu.

Bagaimanapun, objek yang dibaling tiba-tiba jatuh ketika belum sempat mengena Gaga yang sedang menari di atas pentas. Kejadian tersebut sempat dirakam penonton sebelum tular.

Terdapat komen mendakwa penyanyi yang popular menerusi lagu Bad Romance itu mengamalkan ilmu hitam untuk melindungi dirinya.

Bagaimanapun, rata-rata peminat tidak mempercayai perkara tersebut dan mendakwa objek yang dibaling ke arah Gaga jatuh kerana ditiup angin atau faktor tarikan graviti.

“Tuduhan paling tidak masuk akal. Objek itu terjatuh ketika belum sempat kena Gaga kerana telah ditiup angin yang kuat,” kata seorang peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI