fbpx

Kepa Arrizabalaga sertai Napoli di Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARRIZABALAGA dilaporkan bakal diumumkan sebagai pemain Napoli dalam tempoh terdekat apabila rundingan kini berada di fasa terakhir. - AFP

LONDON – Chelsea dilaporkan semakin hampir mencapai persetujuan dengan Napoli berke­naan urusan perpindahan pinjaman penjaga gol mereka, Kepa Arrizabalaga untuk tempoh semusim.

Bagaimanapun, menurut la­poran, perjanjian itu menyaksikan Chelsea masih perlu membayar sebanyak 75 peratus gaji Arrizabalaga sepanjang dia berada di Naples dan bersaing dalam Serie A.

Chelsea meminta Napoli membayar sebanyak £1.25 juta (RM6.77 juta) sebagai yuran pinjaman, tetapi kelab Itali itu hanya akan menanggung 25 peratus sahaja daripada gaji mingguan Arrizabalaga yang berjumlah £150,000 (RM812,000).

Penjaga gol berusia 24 tahun itu kehilangan posisi penjaga gol utama The Blues selepas kema­sukan Edouard Mendy, namun dia terdesak untuk mendapatkan minit permainan bagi memboleh­kannya terpilih dalam skuad Sepanyol ke Piala Dunia 2022 di Qatar nanti.

Jurulatih Napoli, Luciano Spaletti dikatakan memerlukan seorang penjaga gol yang lebih dominan selepas pasukan itu menamatkan saingan Serie A musim lalu di kedudukan ketiga menyebabkan pemilik kelab itu bersetuju untuk mengadakan rundingan mendapatkan Arrizabalaga.

Kehadiran Arrizabalaga menyebabkan masa depan penjaga gol kedua Napoli, Alex Maret menjadi tidak menentu dan dia dipercayai akan menolak tawaran untuk menandatangani kontrak baharu yang dirancang sejak beberapa minggu lalu.

Maret sebelum ini dijangka mengambil alih posisi penjaga gol utama Napoli selepas penghij­rahan David Ospina, namun kehadiran Arrizabalaga bakal menyekat peluang tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI