fbpx

Covid-19: 2,783 kes direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,783 kes semalam termasuk tiga kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,635, 084 kes setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 4,482 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,598, 778 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 45, 306 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,708 kes semalam.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 826 diikuti Kuala Lumpur (473), Sabah (252), Negeri Sembilan (234), Perak (242), Pulau Pinang (216) selain Melaka dan Kedah masing-masing 114 kes.

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (89), Putrajaya (65), Sarawak (56), Pahang (38), Kelantan (32), Terengganu (18), Labuan (11) dan Perlis (3),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 13 kematian dilaporkan dengan empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,969.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,642 setakat ini.

Sebanyak 43, 753 kes dikuarantin di rumah, 22 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,477 kes di hospital, 22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 32 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI