fbpx

Silat Dunia : Sembilan pesilat negara ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Al Jufferi Jamari (kiri) menanti serangan Zetout Abdelmalek di separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - FOTO : AMRAN MULUP

MELAKA – Sembilan daripada 17 pesilat negara mengesahkan kemaraan ke peringkat akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Selepas tiga emas diraih dalam acara artistik kelmarin (Jumaat), sasaran tujuh emas yang diletakkan kian menjadi kenyataan apabila sembilan lagi pesilat berpeluang memburu gelaran juara.

Sandaran diletakkan di bahu empat pesilat lelaki dan lima wanita untuk menuai emas apabila pentas akhir bermula pukul 10 pagi.

Dua pesilat pilihan iaitu Mohd. Al Jufferi Jamari dan Siti Rahmah Mohamed Nasir menepati ramalan melepasi saingan separuh akhir semalam (Sabtu).

Kedua-dua atlet itu mendapat penghormatan beraksi di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan pukul 8.00 malam ini.

Bagi kategori lelaki, yang turut mara ke final ialah pemenang pingat gangsa Sukan SEA Hanoi 2021, Muhammad Robial Sobri, Mohammad Khairi Adib Azhar dan Aizad Akbar.

Manakala empat lagi atlet wanita yang layak ialah Nor Farah Mazlan, Siti Shazwana Ajak, Olivia Chong dan Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI