fbpx

Azizan kongsi kepakaran di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZAN (kiri) mengendalikan sesi live bersama Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Dr. Sandiaga Uno pada program bisnes coaching di Jakarta, semalam yang dihadiri sekitar 200 usahawan.

JAKARTA – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) memulakan tahun baharu dalam kalendar Islam dengan berkongsi kepakaran bersama sekitar 200 usahawan terutamanya dalam ekonomi kreatif di ibu negara Indonesia, semalam.

Pengasas dan Mentor Usahawan Jutawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, mengambil semangat Awal Muharam, pihaknya bersama RichWorks Indonesia berbesar hati untuk membantu mana-mana pihak dalam berkongsi kepakaran dan membimbing bangsa usahawan.

“Sesi ini rentetan daripada program Bangkit Bisnes Dari Krisis yang dilaksanakan pada 16 Julai lalu, hasil inisiatif dan kerjasama strategik Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif di bawah kepimpinan Bapak Dr. Sandiaga Uno.

“Meskipun sesi ini hanya sehari sahaja, saya sempat memberikan gambaran jelas dan tunjuk ajar penting buat usahawan di sini supaya dapat berkembang lagi walaupun ketika krisis,” katanya kepada wartawan di sini, semalam.

Tambah Azizan, RichWorks turut menaja sehingga 50 usahawan yang layak untuk mengikuti sesi Inner Circle Meeting (ICM) yang dihadiri sekitar 350 usahawan jutawan Malaysia di Bali pada September depan.

Azizan memberi tunjuk ajar penting buat usahawan di Indonesia untuk terus berkembang.

“Mereka yang layak berpeluang mengikuti bagaimana saya dan RichWorks membimbing usahawan jutawan dalam membina bisnes lebih berjaya.

Sementara itu, Sandiaga yang turut mengikuti sesi berkenaan secara live bersama Azizan dan peserta-peserta menyambut baik kerjasama RichWorks dalam berkongsikan kepakaran membina usahawan dari zero to hero.

Katanya, RichWorks dilihat berupaya membantu usahawan mengembangkan bisnes.

“Mengenang pengalaman lalu, saya pernah dibuang kerja ketika krisis ekonomi. Namun dapat bangkit dari zero dengan kerja keras, tuntas ikhlas dan Alhamdulillah, jadi hero.

“Lihat bimbingan Azizan juga sangat terbukti dengan melahirkan ramai usahawan Titanium (program permentoran RichWorks) dengan jualan pada tahun lalu berjumlah RM3.2 bilion,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI