fbpx

Paul Pogba kempunan aksi Piala Dunia Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA (kiri) mengalami kecederaan ketika sesi latihan bersama Juventus menyebabkan dia mungkin perlu berehat panjang untuk proses pembedahan dan pemulihan. – AFP

DALLAS – Malang menimpa pemain tengah Juventus, Paul Pogba selepas dia dijangka terlepas aksi di Piala Dunia Qatar 2022 November depan apabila ­me­ng­alami kecederaan lutut ketika menjalani latihan.

Dia yang kembali ke pangkuan Juventus dari Manchester United awal bulan ini dijadualkan bertemu doktor pakar bagi menentukan rawatan paling sesuai untuk kecederaan yang dialami.

Selepas menjalani imbasan, pemain berusia 29 tahun itu didapati mengalami kecederaan tisu meniskus pada lutut kanannya terkoyak ketika menjalani latihan pramusim di Los Angeles minggu lalu.

Justeru, dia dijangka untuk menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat dan tidak akan mengikuti rakan sepasukan yang lain yang bakal meneruskan aksi pramusim bagi kempen 2022/23.

“Selepas memberitahu meng­alami rasa sakit pada lutut kanannya, Paul Pogba dibawa untuk menjalani imbasan. Hasil imbasan mendapati dia mengalami kecederaan pada meniskus.

“Dia akan berjumpa dengan pakar ortopedik bagi mengenal pasti rawatan terbaik untuk kecederaan tersebut. Oleh itu, dia tidak meneruskan aksi pramusim bersama rakan sepasukan yang lain,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan.

Buat masa ini, Pogba hanya memiliki dua pilihan sama ada untuk membuang meniskus yang mungkin mengehadkan pergerakan atau menyambung semula koyakan, namun perlu berehat sehingga empat ke lima bulan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI