fbpx

Lebih 15,000 Keluarga Malaysia berjalan bersama PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) bersama Keluarga Malaysia memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Putrajaya sebentar tadi.

PUTRAJAYA- Lebih 15,000 orang Keluarga Malaysia memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 dengan menyertai acara berjalan santai sejauh 2.7 kilometer bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sambutan kali ini yang diadakan secara terbuka di Putrajaya melalui program Berjalan Teguh Bersama dan Konvoi Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM) turut menterjemahkan mesej kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Program itu turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Annuar Musa serta Jemaah Menteri yang lain.

Dalam acara berkenaan, Ismail Sabri turut melepaskan Konvoi KKM2022 yang menandakan bermulanya kembara ke negeri-negeri di seluruh Malaysia.

KKM2022 berkonsepkan serahan baton iaitu Baton Jalur Gemilang yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula dari Dataran Putra di sini seterusnya melalui perjalanan ke Semenanjung sebelum Sabah, Sarawak serta Labuan.

KKM2022 itu akan berakhir pada 31 Ogos 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur iaitu lokasi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Konvoi keseluruhan KKM2022 melibatkan 434 kenderaan dengan jumlah peserta seramai 530 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI