fbpx

Covid-19: 4,860 kes direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini terus mencatatkan sebanyak 4,860 kes semalam termasuk 11 kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,635, 084 kes setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,836 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,588, 743 orang.

Katanya, sebanyak 48,300 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah 1,014 kes semalam.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,649 diikuti Kuala Lumpur (1,466), Sabah (292), Perak (272), Pulau Pinang (246), Negeri Sembilan (195), Kedah (150) dan Melaka (112).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (95), Sarawak (94), Putrajaya (93), Pahang (73), Kelantan (64), Labuan (30), Terengganu (21) dan Perlis (6),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 11 kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,955.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,637 setakat ini.

Sebanyak 46, 334 kes dikuarantin di rumah, 23 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,883 kes di hospital, 26 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 34 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI