fbpx

As’ad Tokoh Maal Hijrah Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
As'ad (kiri) dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Perak pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Peringkat Negeri Perak di Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Ahli Jawatankuasa Fatwa Perak dan Ahli Majlis Agama Islam Perak, Datuk As’ad Awang, 65, dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak bagi tahun 1444 Hijrah.

Setiausaha Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Sirat Abdullah yang memperkenalkan konsep masjid dalam kebun pula menerima Anugerah Tokoh Ar Ridzuan.

Kedua-dua tokoh itu menerima hadiah berupa wang tunai RM15,000 serta pakej umrah dan sijil.

Penyampaian anugerah Tokoh Maal Hijrah dan Tokoh Ar Ridzuan itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang turut berkenan menyampaikan enam lagi anugerah lain.

Sementara itu, As’ad ketika ditemui mengucapkan rasa syukur serta teharu diberi peluang untuk menerima anugerah berkenaan dan turut menasihati golongan muda Islam untuk lebih berani berhijrah ke arah kebaikan selain tidak berputus asa dengan cabaran semasa kini.

Menurut beliau, cabaran yang dihadapi golongan remaja dan belia masa kini berbeza yanga mana mereka berdepan situasi ekonomi, penyakit serta krisis makanan.

“Golongan muda boleh menguasai pelbagai bidang dengan syarat rajin bekerja selain tabah dengan ujian semasa hari ini. Golongan ini amat berpotensi dalam membentuk negara dengan kefahaman ilmu.

“Maka contohilah semangat Rasullah SAW dan sahabat dalam hijrah mengembangkan penyebaran agama Islam,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI