fbpx

Akademi MIFFest lahir bakat profesional dalam industri filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOH (kanan) pada majlis pemeteraian MoU bagi penubuhan Akademi MIMfest di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kejayaan negara dalam penerbitan filem sehingga mampu menjulang pelbagai anugerah di pasaran tempatan dan antarabangsa telah memberi idea kepada seorang usahawan yang berpengalaman menubuhkan Akademi MIF­Fest.

Pengasasnya, Joanne Goh berkata, akademi tersebut bertujuan untuk menyediakan platform terbaik bagi mereka yang berminat untuk mempelajari dan berkongsi ilmu dalam bidang industri filem.

Menurut beliau, melalui akademi tersebut, pasaran tempatan bakal melahirkan lebih ramai sarjana filem berpen­getahuan dan berpengalaman untuk menjadikannya sebagai satu industri bernilai tinggi serta mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Kami akan memperkenalkan pelbagai kursus daripada pelbagai kategori seperti pengarahan filem dan televisyen, fotografi, penulisan skrip, penerbitan filem dan televi­syen serta persembahan artistik.

“Akademi ini juga akan menawarkan program profesional yang berbeza berkaitan filem dengan mengimbangi kedua-dua sukatan pelajaran teori serta praktikal dengan penglibatan dalam penerbitan filem sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi penubuhan Akademi MIFFest di sini baru-baru ini.

Bagi melancarkan lagi operasi akademi tersebut, Akademi MIFFest telah menjalin kerjasama dengan Akademi Quinton dan juga Kolej Universiti Lincoln. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI