fbpx

Tiada MoU baharu antara kerajaan dengan pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri Yaakob (tengah) merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN diiringi oleh Pengerusi PTPTN, Apli Yusoff (kiri) dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (dua kiri) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa tiada lagi perjanjian atau memorandum persefahaman (MoU) baharu dimeterai antara pihak kerajaan dan pembangkang.

Bagaimanapun kata Ismail Sabri, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah dimeterai sejak tahun lalu bersama pembangkang akan diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.

Jelas beliau, perkara itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak selepas beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama parti pembangkang sebelum ini.

Ujar Perdana Menteri lagi, MoU antara kerajaan dan pembangkang ketika ini merangkumi beberapa isu termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di samping pendanaan politik.

“MoU itu hanya tamat apabila Parlimen dibubarkan. Soal sambung tak sambung (MoU) tak penting, yang pentingnya sekarang adalah soal persefahaman untuk kepentingan rakyat masih boleh kita teruskan.

“Setakat ini, kerjasama bertulis tiada lagi kerana kita sama-sama bersetuju tidak perlu ada perjanjian atau persefahaman baharu antara kerajaan dan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC), di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya bila Parlimen dibubarkan dan seterusnya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan, Ismal Sabri berkata, ia bergantung kepada kesesuaian.

“Bubar Parlimen boleh dibuat bila-bila asalkan sudah sampai waktu yang saya anggap bersesuaian, maka saya akan bubar.

“Sama ada tahun ini atau tahun depan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI