fbpx

Tasik Chini: Kerajaan negeri sudah hantar laporan diperlukan UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHARKAR Shamsudin (tengah) ketika hadir mewakili Menteri Besar bagi menyempurnakan majlis pelancaran Acara Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 bertempat di Menara Kuantan 188, di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kerajaan Negeri telah menghantar segala laporan yang diperlukan bagi mengekalkan status Tasik Chini sebagai rizab biosfera Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerajaan negeri juga telah melakukan penambaikan kepada Tasik Chini bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengekalkan status terbabit.

“Perkara ini juga melibatkan kerjasama daripada kerajaan pusat yang mana di peringkat kerajaan negeri, kita telah pun menghantar kesemua laporan yang diperlukan.

“Laporan telah kita beri dan apa sahaja untuk penambahbaikan juga kita telah buat. Jadi apa-apa pun kita akan tunggu keputusan dari pihak UNESCO sahaja,” katanya dalam sidang akhbar yang pada majlis pelancaran Acara Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 di Menara Kuantan 188, di sini, hari ini.

Dalam pada itu Sharkar yang merupakan Pengerusi Tourism Pahang berkata, Pahang bakal menjadi tumpuan dunia apabila menganjurkan satu acara sukan
bertaraf antarabangsa Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 pada bulan September nanti.

Katanya, ia merupakan perlumbaan kanu terbesar pernah diadakan di negara ini dan pertama seumpamanya dianjurkan di rantau Asia Tenggara.

“Penganjuran acara ini merupakan langkah bijak oleh pihak penganjur dalam misi untuk memulihkan industri pelancongan di negeri Pahang yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

“Selain itu, ia dibuat bagi menyambung kempen pelancongan negeri Pahang yang bertemakan ‘This is Pahang Unlimited’ yang pernah tergendala sepanjang pandemik Covid-19.

“Kini, situasi tersebut semakin pulih dan kerajaan neger terus mengorak langkah untuk memperhebatkan aktiviti sukan pelancongan dengan harapan dapat mengembalikan reputasi Pahang sebagai destinasi pelancongan samada dalam kalangan pelancong domestik mahupun antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI