fbpx

Pendapatan peserta program MEKAR naik tiga kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafsaf (kiri) menunjukkan kreativiti dan kemahiran dalam pembuatan produk makanan hasil bimbingan daripada program MEKAR PETRONAS di Kuala Lipis baru-baru ini.

Dua tahun dahulu, Hafsaf Abdul Rahman, 37, menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan hasrat meringankan bebanan keluarga. Berbekalkan sedikit pengetahuan membuat kuih tradisional, beliau memulakan perniagaan bahulu secara kecil-kecilan dengan menerima tempahan dari rumah.

Pelanggan Hafsaf terdiri daripada jiran-jiran dan kenalan yang tinggal sekitar Mukim Merapoh, Kuala Lipis. Dengan sambutan yang diterima, Hafsaf memperolehi pendapatan sekitar RM1,600 sebulan.

Ibu kepada empat anak itu yakin mampu meningkatkan pendapatan sekiranya beliau mempunyai pengetahuan di dalam aspek pengurusan perniagaan.

Hasrat beliau itu akhirnya terlaksana apabila Hafsaf kemudiannya terpilih menyertai program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR).

Program pembangunan usahawan tersebut merupakan sebuah program anjuran Yayasan PETRONAS yang bertujuan untuk membantu komuniti B40 meningkatkan taraf hidup mereka.

Setiap peserta terpilih akan diberi tunjuk ajar dan dibekalkan dengan pelbagai kemahiran penting untuk menjadi usahawan yang berjaya.

“Sepanjang 19 bulan menyertai program tersebut, saya bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai teknik pembuatan makanan, malah turut dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan”, ujar beliau.

Kalau dahulu, Hafsaf hanya menghasilkan bahulu sahaja, berkat bimbingan dan tunjuk ajar yang diterima, beliau kini menambahkan keluarannya kepada 10 jenis produk. Antaranya termasuklah pelbagai jenis biskut raya, brownies, kek di samping turut menyediakan perkhidmatan tempahan buah tangan untuk majlis kenduri.

“Saya menerima tunjuk ajar yang sangat baik daripada jurulatih. Jika dahulunya saya tiada tempat untuk bertanya sekiranya menghadapi sebarang masalah, setelah menyertai program tersebut, saya kini mempunyai pembimbing untuk dirujuk”, ujar beliau.

Jika dahulunya pelanggan Hafsaf hanya tertumpu di sekitar Kuala Lipis sahaja, kini beliau semakin yakin memasarkan produk beliau ke luar. Namun selepas beberapa siri latihan yang beliau ikuti,

Hafsaf semakin berani mempromosikan jualan beliau. Menggunakan platform media sosial beliau mula mengorak langkah dengan melebarkan sayapnya ke luar Lipis.

“Saya seakan-akan keluar dari kepompong. Saya tidak sangka, saya menerima tempahan dari luar Lipis termasuk Kelantan, Selangor dan Terengganu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`