fbpx

Nelayan ‘haram’ cuba lolos diri, langgar bot pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden yang berlaku

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden pelanggaran dua buah bot di antara pihak berkuasa dan sekumpulan nelayan.

Difahamkan, bot nelayan berkenaan menjalankan aktiviti secara haram di kawasan perairan negara sehingga berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

Melihat kepada rakaman yang dikongsikan di laman Twitter @JohnMMR, bot pihak berkuasa dalam percubaan mengejar dan mengekori bot nelayan terbabit sehingga dilanggar pada bahagian sisi bagi meloloskan diri.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa marah dengan tindakan nelayan ‘haram’ yang gemar menceroboh perairan negara serta membolot hasil laut yang ada.

“Sepatutnya tembak sahaja, tunjuk lagak sangat dengan pihak berkuasa, seolah-olah undang-undang negara kita tidak memberi kesan kepada mereka,” ciap seorang pengguna.

“Memang ramai nelayan ‘haram’ yang menggugat nelayan tempatan kita, habis hasil laut mereka bolot, sedangkan ‘pencuri’,” luah pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI