fbpx

Kerajaan kekal pendirian tidak iktiraf UEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana ia tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) menggunakan kurikulum yang digubal serta dibangunkan Dong Zong.

“Kerajaan hanya akan mempertimbangkan penyelesaian berhubung pengiktirafan terhadap UEC jika ia diubah supaya selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama, melaksanakan kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid untuk menduduki peperiksaan yang sama,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sama ada kerajaan berhasrat mengiktiraf UEC yang digunakan di SMPC untuk kemasukan ke universiti awam dan bila peruntukan kerajaan akan disalurkan kepada SMPC.

Tambahnya, penetapan tersebut adalah bagi memenuhi aspirasi serta keperluan negara pada masa hadapan dan sebagai usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat selaras prinsip Rukun Negara.

“Kementerian juga tidak pernah menyalurkan sebarang peruntukan kewangan kepada SMPC kerana ia tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta 550 dan lain-lain perundangan yang sedang berkuat kuasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI