fbpx

Gempa bumi 7.0 skala Richter gegarkan utara Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah rosak akibat gegaran gempa bumi di wilayah Abra. – CNN

MANILA, FILIPINA – Satu gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter menggegarkan utara Filipina hari ini, kata pihak berkuasa, yang menyebabkan seorang penduduk terbunuh.

Gempa tersebut turut memecahkan tingkap di kawasan pusat gempa dan menggegarkan bangunan menara bertingkat, lebih 300 kilometer dari bandar ibu negara Filipina, Manila.

Gempa cetek tetapi kuat itu dikatakan melanda wilayah Abra yang bergunung-ganang dan berkependudukan rendah di pulau Luzon pada pukul 8.43 pagi (waktu tempatan), kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). 

Seorang pekerja pembinaan berusia 25 tahun di La Trinidad, ibu kota wilayah Benguet, meninggal dunia apabila bangunan tiga tingkat yang menjadi lokasi dia bekerja runtuh, kata polis. Tujuh pekerja lain berjaya menyelamatkan diri dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, di bandar Dolores dalam wilayah Abra, orang ramai bertempiaran lari ke luar kediaman dan kedai, selain tingkap-tingkap di pasar turut pecah, kata Mejar Polis, Edwin Sergio.

“Gegaran amat kuat. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di pasar turut berselerak disebabkan meja-meja bergoyang,” ujarnya.

Sebuah video yang dikongsikan di Facebook menunjukkan jalan-jalan raya dan tanah mengalami keretakan di ibu kota wilayah berdekatan Bangued, walaupun tiada kerosakan dilihat pada rumah dan kedai.

Namun, beberapa penduduk yang cedera di Bangued telah dikejarkan ke hospital, kata ketua polis Mejar Nazareno Emia.

“Sebilangan bangunan mengelami keretakan. Bekalan elektrik terputus, begitu juga dengan internet,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI