fbpx

Elektrik terputus: 11 stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling alami gangguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 stesen perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling mengalami gangguan pada pukul 12.48 tengah hari tadi menyebabkan tren bergerak perlahan.

Rapid Rail Sdn. Bhd. mengesahkan bahawa perkhidmatan LRT di laluan itu mengalami gangguan akibat masalah bekalan elektrik melibatkan beberapa kawasan di Lembah Klang.

“Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dilaporkan mengalami gangguan melibatkan 11 stesen dari Stesen LRT Bandar Tun Razak sehingga Pusat Bandar Puchong.

“Tren bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti lama di platform. Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalan sehala percuma yang perlu tebus di kaunter khidmat pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, perkhidmatan telah pulih sepenuhnya pada pukul 1.35 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI