fbpx

PATKOR OPTIMA kekang jenayah rentas sempadan Selat Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pannir (lima kiri duduk paling hadapan) dan Bambang Irawan (lima kanan duduk paling hadapan) semasa perasmian PATKOR OPTIMA hari ini.

KLANG – Malaysia dan Indonesia bekerjasama melaksanakan Operasi Patrol Terkoordinasi Operasi Tindakan Maritim (PATKOR OPTIMA) bagi mengekang jenayah rentas sempadan di Selat Melaka.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Pertama Maritim V. Pannir Selvan berkata, operasi bermula semalam sehingga 5 Ogos itu di Selat Melaka yang merupakan laluan utama perkapalan dunia.

Katanya, kolaborasi serta kefahaman menguatkuasakan undang-undang di antara penguat kuasa dari kedua-dua negara amat penting demi memastikan masyarakat Malaysia dan Indonesia sentiasa bekerjasama dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan.

“Salah laku jenayah seperti penyeludupan migran, penyeludupan dadah dan kontraban serta isu pencerobohan bot nelayan merupakan kegiatan jenayah yang lazim berlaku di Selat Melaka.

“Koordinasi operasi menerusi PATKOR OPTIMA ini amat diperlukan agar kesejahteraan perairan kedua-dua negara sentiasa berada dalam keadaan yang tenteram dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perasmian operasi dilakukan Pannir bersama Laksamana Pertama Bakamla Bambang Irawan S.E.M. Tr. Sopla dengan kedua-dua mereka merupakan Ketua Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) bagi negara masing-masing.

Ini merupakan operasi yang diadakan dwi-tahunan dengan Malaysia sebagai tuan rumah bagi majlis pembukaan pada siri 29A/2022 kali ini.

Mengulas lanjut, Pannir berkata, sebanyak 12 buah aset dari Malaysia dan lima buah aset Indonesia diatur gerak untuk membuat pengawasan di sepanjang Selat Melaka.

Beliau menjelaskan operasi itu secara bersepadu dikoordinasi BPPM berkenaan turut melibatkan agensi lain seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI