fbpx

Junta laksana hukuman mati ke atas empat pengikut Aung San Suu Kyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemimpin diktator Jeneral Ming Aung Hlaing. - BBC

YANGON – Junta Myanmar telah melaksanakan hukuman mati ke atas empat banduan termasuk seorang bekas ahli parlimen dari parti pimpinan Aung San Suu Kyi, demikian menurut laporan media kerajaan, kelmarin.

Pelaksanaan hukuman mati itu adalah yang pertama di negara dalam tempoh beberapa dekad.

Keempat-empat mereka termasuk seorang aktivis demokrasi terkemuka, telah dihukum mati kerana mengetuai tindakan keganasan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Akhbar Global New Light of Myanmar menulis hukuman mati itu dilakukan di bawah prosedur penjara tanpa menyatakan bila atau bagaimana empat lelaki itu dibunuh.

Junta telah menjatuhkan hukuman mati kepada berpuluh-puluh aktivis anti-rampasan kuasa sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap pembangkang selepas merampas kuasa tahun lalu tetapi Myanmar sudah berpuluh-puluh tahun tidak melaksanakan hukuman mati.

Junta dikecam hebat oleh kuasa antarabangsa apabila mengumumkan pada bulan lepas mengenai hasrat untuk melaksanakan hukuman mati tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),  Antonio Guterres mengecam keputusan junta itu dan melabelkannya sebagai satu pencabulan terang-terangan terhadap hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan seseorang.

Tentera negara itu mendakwa penipuan pengundi semasa pilihan raya pada 2020  yang dimenangi oleh Parti Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD) secara besar-besaran  sebagai justifikasi untuk rampasan kuasanya pada 1 Februari tahun lepas.

Suu Kyi telah ditahan sejak itu dan menghadapi banyak pertuduhan di mahkamah junta yang boleh menyaksikan beliau menghadapi hukuman penjara lebih 150 tahun. 

Selain isu berkaitan Suu Kyi, junta juga sedang berdepan isu penindasan terhadap etnik Rohingya apabila beberapa anggota tenteranya berpaling tadah dan membuat pengakuan terbuka mengenai perbuatan mereka.

Sebahagian daripada tentera tersebut mengakui diarahkan untuk membunuh, merogol dan membakar rumah orang awam dalam satu serangan terancang ke beberapa perkampungan.

Junta kini berusaha untuk menumpaskan pemberontakan awam bersenjata yang cuba mencabar kuasa pemimpin diktator Jeneral Ming Aung Hlaing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI