fbpx

Ibu bapa perlu pantau bahan tontonan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar salah satu babak dalam siri animasi terbabit.

PETALING JAYA – Bagi ibu bapa dan penjaga, anda seharusnya memantau sebarang kandungan bahan tontonan anak jagaan anda.

Melalui satu perkongsian daripada pemilik akaun Karina Vailes di Facebook menjelaskan satu filem animasi baharu berjudul Jurassic Park: Camp Cretaceous.

Jelasnya, ketika bersama dua anak lelaki, dia terkejut dengan pengisian filem animasi tersebut  memaparkan babak yang tidak seharusnya ada terutamanya bahan tontonan anak.

“Saya terkejut apabila salah satu watak wanita animasi itu, Yaz mula mengakui perasaannya terhadap seorang gadis lain, Sammy.

“Kenapa saluran televisyen terbabit tidak menukar filem animasi itu kepada bahagian kandungan matang. Saya kecewa dengan semua rancangan moden yang mendorong idea homoseksual kepada kanak-kanak,” jelasnya.

Tambahnya lagi, fikiran anak-anak masih terbentuk dan tidak memerlukan rancangan seperti itu untuk memberitahu keadaan dunia ketika ini.

Katanya, menonton rancangan di saluran tersebut adalah untuk dihiburkan bukan untuk diserang dengan idea atau agenda politik yang tidak sepatutnya.

“Rupa-rupanya filem animasi itu berkisar tentang hubungan cinta lesbian dan saya dimaklumkan bahawa mereka menjadi ‘agak fizikal’ dalam salah satu episod.

“Saya kini telah menyekat rancangan itu daripada profil kanak-kanak. Tetapi, saya masih ada benda yang ingin dipersoalkan, siapa yang mengaut keuntungan daripada ini? Dan berapa banyak?” soalnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI