fbpx

AS nafi alami kemelesetan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga minyak petrol dipaparkan pada pam di stesen minyak di Miami, Florida pada 19 Julai 2022. – AFP

WASHINGTON – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen menafikan bahawa ekonomi negara itu kini berada dalam situasi yang boleh dianggap meleset, lapor laman berita RT, kelmarin.

Meskipun banyak petunjuk mungkin mengesahkan keadaan tersebut, Yellen mendakwa bahawa AS sebaliknya sedang mengalami kelembapan ekonomi yang ‘perlu dan sesuai’.

Beliau menerusi temu ramah dengan stesen penyiaran NBC News kelmarin turut mempertahankan dasar-dasar ekonomi Presiden Joe Biden, dengan menegaskan bahawa laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang negatif tidak bermaksud ekonomi sedang meleset.

Laporan ekonomi semasa dijadual dikeluarkan pada Khamis ini. Berikutan penyusutan bagi tempoh suku pertama pada kadar tahunan 1.6 peratus, data terbaharu itu mungkin mengesahkan kelembapan ekonomi AS.

Meskipun mengakui bahawa penyusutan ekonomi bagi dua suku tahun berturut-turut kebiasaannya dilihat sebagai kemelesetan ekonomi, Yellen cuba menjelaskan bagaimana trend itu sepatutnya difahami.

“Kita boleh melihat keadaan itu terjadi (penyusutan ekonomi) dan ia akan dipantau rapat, namun saya ingin menekankan bahawa maksud sebenar kemelesetan adalah penguncupan meluas dalam ekonomi negara.

“Walaupun angka yang ditunjukkan adalah negatif, kita tidak mengalami kemelesetan. Saya memberi amaran bahawa kita tidak seharusnya menyifatkannya sebagai kemelesetan,” katanya dalam temu bual tersebut.

Sementara itu, meskipun mengakui bahawa inflasi di AS kini amat tinggi dan merupakan kadar tertinggi dalam tempoh lebih 40 tahun, Yellen meluahkan rasa yakin terhadap tindakan Rizab Persekutuan dan dasar-dasar pentadbiran Biden yang akan mampu mengawal harga barangan.

“Saya tidak menyatakan bahawa kita pasti mampu mengelakkan kemelesetan, namun saya berpendapat adanya laluan yang akan memastikan pasaran buruh kekal kukuh, sekali gus menurunkan kadar inflasi.

“Kemelesetan merupakan kelemahan menyeluruh dalam sistem ekonomi. Kita tidak mengalami keadaan itu sekarang, dan saya berpendapat ia langsung tidak akan terjadi,” tegas Yellen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI