fbpx

Pulau Perak diisytihar titik rujukan paling barat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sallehuddin berkenan meletakkan bendera Kedah ke replika Pulau Perak selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Pulau Perak sebagai Titik Rujukan Paling Barat Malaysia bagi Hitungan Kalendar Islam di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Pulau Perak di Yan dekat sini diisytiharkan sebagai titik rujukan paling barat Malaysia bagi hitungan kalendar Islam di negara ini bagi menggantikan Tanjung Chinchin di Langkawi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, pengisytiharan lokasi tersebut dibuat menerusi kajian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) yang membuat penjanaan data.

Katanya, Panel Pakar Falak Malaysia yang bermesyuarat pada 12 Mac 2020 memutuskan bahawa titik rujukan paling barat Malaysia di Pulau Perak akan digunakan berkuat kuasa 1 Muharam 1444 Hijrah dalam menjana takwim hijri di negara ini.

“Keputusan itu kemudiannya diangkat kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-118 yang bersidang Februari tahun lalu.

“Muzakarah bersetuju mengenai perubahan titik rujukan tersebut dalam penyediaan takwim hijri bermula 2022 atau 1444 hijrah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pengisytiharan Pulau Perak sebagai Titik Rujukan Paling Barat Malaysia bagi Hitungan Kalendar Islam dan Pelancaran Bulan Falak Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan merasmikan majlis tersebut.

Menurut Idris, pengisytiharan lokasi tersebut kemudian dibuat setelah mendapat perkenan Sultan Sallehuddin.

Signifikan perubahan titik rujukan paling barat di Malaysia itu dibuat kerana lokasi Pulau Perak didapati berada di kedudukan paling barat dengan  koordinat latitud 5° 41′ 05″ utara dan longitud 98° 56′ 14″ timur berbanding titik rujukan Tanjung Chinchin, Pulau Langkawi.

Titik rujukan paling timur pula kekal terletak di Tanjung Atiam di Lahad Datu, Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI