fbpx

Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital meningkat 18.3 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi tempoh minggu epidemiologi ke-29 (ME 29/2022) meningkat sebanyak 18.3 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada minggu sama, jumlah kemasukan pesakit kategori 1 dan 2 ke hospital turut meningkat sebanyak 12.5 peratus manakala, pesakit kategori 3, 4, dan 5 juga meningkat sebanyak 25
peratus.

Beliau berkata, pada minggu sama, pengisian katil fasiliti Covid-19 turut merekodkan peningkatan dimana katil bukan kritikal meningkat tiga peratus, katil Unit Rawatan Rapi (ICU) (satu peratus) dan katil PKRC (dua peratus).

“Pada masa sama, kes-kes positif Covid-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara turut menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus.

“Bilangan kes Covid-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah pula meningkat sebanyak 26.9 peratus dan bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital meningkat sebanyak 16.1 peratus,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, kadar positif sampel Influenza Like Illnes (ILI) menurun sebanyak 0.9 peratus daripada 11.5 peratus pada ME 28/2022 kepada 11.4 peratus pada ME 29/2022.

“Manakala, kadar positif sampel SARI bagi Covid-19 kekal 0 peratus pada ME 29/2022,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI