fbpx

Covid-19: 2,720 kes direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini merekodkan sebanyak 2,720 kes semalam termasuk lima kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,613,781 kes setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 4,012 kes sembuh direkodkan dAngengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,567, 485 kes.

Katanya, sebanyak 48,252 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,295 kes semalam.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 989 diikuti Perak (253), Kuala Lumpur (240), Pulau Pinang (236), Sabah (226), Negeri Sembilan (215), Johor (201), Melaka (131) dan Kedah (101).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (55), Kelantan (49), Sarawak (41), Pahang (38), Terengganu (29), Perlis (6) dan Labuan (4),”kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak lima kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,914.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,625 setakat ini.

Sebanyak 46,632 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,542 kes di hospital, 22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 32 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI