fbpx

74 sekolah rendah di Perlis terima peranti tablet, televisyen pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYUB Ahmad (tiga dari kiri) menyerahkan televisyen pintar dan peranti tablet kepada salah sebuah sekolah di Kangar, hari ini.

KANGAR – Sebanyak 74 buah sekolah rendah di Perlis menerima sumbangan sebuah televisyen dan peranti tablet menerusi Projek Pemulihan Literasi dan Numerasi Tahap 1 Pasca Pandemik Covid-19.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran) Perlis, Ayub Ahmad berkata, projek itu merupakan usaha sama antara Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Yayasan Hasanah dan Weeser Solution Sdn. Bhd.

Katanya, ia dilaksanakan bagi membantu murid sekolah khususnya tahap satu yang tercicir disebabkan pandemik Covid-19.

Menurut beliau, peruntukan yang diluluskan Yayasan Hasanah bagi pelaksanaan projek itu adalah sebanyak RM638,900 untuk tempoh setahun

“Projek ini bertujuan bagi mengembangkan potensi dan bakat dalam kalangan murid yang dibimbing agar setanding dengan murid arus perdana.

“Di samping itu, ia juga bagi menggembleng tenaga para cendekiawan di universiti ke arah pembangunan akademik masyarakat setempat dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Televisyen dan Peranti Tablet kepada sekolah terlibat di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI