fbpx
QILA SHAHIRAH merupakan pendatang baharu dalam dunia seni yang mendambakan watak ‘air mata’.

Qila Shahira mahu berlakon di samping Adi Putra, Nora Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DINOBATKAN sebagai juara sulung Ratu Hijabis­ta 2020 bukanlah sesuatu yang sudah cukup dibanggakan, sebalik­nya gelaran itu membulatkan hati anak kelahiran Kelantan ini untuk terbang lebih tinggi dalam industri seni.

Memiliki paras rupa yang menawan, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 23, mula mengorak langkah menjadi pengacara rancangan televisyen dan pelakon drama.

Ditanya mengenai persiapan dirinya untuk menceburi dunia glamor itu, dia yang mesra dengan panggilan Qila

Shahirah memberitahu Kosmo! Ahad tentang prinsip hidupnya yang mengutamakan disiplin diri dan kualiti produk.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan tentang diri Qila?
Qila: Saya adalah juara sulung Ratu Hijabista 2020 dan kini sedang menghabiskan semester terakhir bagi Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Komunikasi Massa.

Ada pihak lamar Qila jadi pelakon?
Ada. Saya ditawarkan meme­gang watak seorang anak gadis bagi drama untuk TV3 tetapi ia belum dimuktamadkan lagi.

Watak apa yang Qila teringin lakonkan?
Sebenarnya saya orang yang mudah menangis. Jadi, saya memang suka kalau dapat watak wanita penuh emosi. Qila yakin dapat sampaikan watak itu de­ngan baik kepada penonton.

Kalau diberi peluang, pelakon lelaki mana Qila nak bergandingan?
Adi Putra sebab dia ada karisma dan sentiasa dapat menjiwai watak. Tak semestinya berlakon sebagai kekasih tetapi mungkin sebagai adik atau ahli keluarga. Jika pelakon wanita saya pilih Nora Da­nish.

Dah bersedia masuk dunia glamor, penuh kontroversi?
Bagi saya, sebagai pelakon apa yang penting adalah disiplin dan adab. Bukan hanya dengan produser tetapi juga kru. Disiplin diri amat penting terutama dari segi pengurusan masa di set penggambaran.

QILA SHAHIRAH ditawarkan watak dalam drama untuk sebuah stesen TV namun belum dimuktamadkan lagi.

Selain jadi pelakon apa lagi Qila nak capai?
Saya nak buka perniagaan sendiri, sama ada baju atau tudung jenama Qila.

Pencapaian yang akan buat Qila rasa dah berjaya?
Apabila saya dikenali ramai sebagai pelakon yang berkualiti, yang berjaya sampaikan watak kepada penonton.

Macam mana dengan ciri-ciri lelaki idaman?
Saya dambakan lelaki ­beragama, hormat orang tua, tidak baran dan baik hati. Selain itu, Qila nak lelaki yang berpendidikan sebab saya suka berta­nya dan berkongsi ilmu baharu, jadi perbualan itu tidaklah sehala.

Diri Qila yang ramai tak tahu?
Kalau tak kenal, orang kata saya sombong dan garang, tapi kalau dah kenal, saya jenis lembut orangnya, kena jentik pun dah menangis.

Isu semasa apa Qila risaukan?
Sekarang banyak kes bunuh ahli keluarga yang disebabkan oleh masalah mental. Jumpalah pakar psikiatri ke­rana mereka dapat membantu mengubati tekanan mental. Ja­ngan malu atau takut kerana kita bukan gila cuma tertekan. -KOSMO! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN