fbpx

Penunggang motosikal berkuasa tinggi guna ‘lesen L’ elak tindakan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly (tengah) ketika melakukan pemeriksaan dalam Ops Lejang di Plaza Tol Bentong, hari ini.

BENTONG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya ‘menghidu’ taktik penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan lesen L (lesen memandu percubaan) bagi mengelak dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, kebanyakan golongan itu menggunakan alasan belum memperbaharui lesen penuh (Kelas B) semasa pemeriksaan dijalankan.

“Penunggang motosikal kuasa tinggi yang tidak mempunyai lesen penuh sepatutnya tidak boleh membawa kenderaan berkenaan.

“Mereka membawa kenderaan itu tanpa lesen penuh, namun tidak mempunyai rancangan untuk memperbaharui lesen percubaan dimiliki,” katanya dalam sidang akhbar selepas menjalankan Ops Lejang di Plaza Tol Bentong, di sini hari ini.

Susulan itu, Aedy meminta agar penunggang motosikal berkuasa tinggi mendapatkan lesen penuh dan tidak bergantung kepada lesen percubaan yang boleh memberi kesan jika berlaku sebarang kemalangan.

Sementara itu, sebanyak 3,000 motosikal diperiksa menerusi Ops Lejang yang dijalankan sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur bermula di Plaza Tol Bentong melibatkan 12 lokasi ‘blackspot’.

Dalam operasi itu, sebanyak 796 buah motosikal dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu serta tidak mempunyai cukai jalan yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI