fbpx

Sesak lebih 12km treler terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah treler muatan sarung tangan terbalik dan merintangi jalan di Kilometer 318.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah.

TAPAH – Kemalangan sebuah treler terbalik di Kilometer 318.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini menyebabkan kesesakan sehingga lebih 12 kilometer.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian sekitar pukul 3.35 petang itu mengakibatkan dua lorong lebuh raya arah ke selatan terhalang.

“Kemalangan membabitkan treler muatan sarung tangan dipandu lelaki berusia 29 tahun yang hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik merintangi jalan.

“Pemandu treler itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kerja-kerja mengalihkan kenderaan terlibat sedang dijalankan dengan kawalan dibuat oleh pihak peronda lebuh raya (EMPV) dan PLUS.

Katanya, laluan ke selatan kini di tutup sepenuhnya kepada aliran trafik.

“Pengguna lebuh raya ke selatan akan keluar melalui Plaza Tol Gopeng dan masuk semula melalui Plaza Tol Tapah.

“Anggota trafik telah ditempatkan di persimpangan jalan untuk melancarkan kesesakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI