fbpx

Polis KL siasat kes rogol penceramah bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.

KUALA LUMPUR – Kes membabitkan seorang penceramah bebas yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membolehkan polis Kuala Lumpur menjalankan siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi Kosmo! berkata, polis Kuala Lumpur akan menerima suspek dari Selangor pada hari ini.

“Suspek berkemungkinan akan direman sehingga minggu depan untuk membantu siasatan sebelum dituduh di mahkamah.

“Kita juga akan mengemas kini siasatan membabitkan suspek sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! pada 19 Julai lalu melaporkan, seorang penceramah bebas bergelar ustaz dicekup selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sekitar Selangor.

Lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada pukul 4.50 petang susulan terdapat beberapa laporan polis membabitkan kes rogol.

Difahamkan, mangsa dipercayai berkenalan dengan suspek pada Mei tahun lalu dan telah melakukan hubungan intim beberapa kali di lokasi berbeza.

Sehingga kini, terdapat empat kertas siasatan dibuka iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur serta Perak membabitkan remaja perempuan yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI