fbpx

Yusuf Taiyoob dahului senarai penerima darjah kebesaran P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choo Kiang (kiri) dan Ahmad Rizal (kanan) pada sidang akhbar di Dewan Sri Pinang, George Town di sini hari ini. SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Ahli perniagaan terkemuka yang juga Pengerusi Eksekutif Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd., Datuk Seri Yusuf Taiyoob mendahului senarai 1,380 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Yusuf merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Selain beliau, dua lagi individu iaitu Presiden Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA), Datuk Seri Wong Siew Hai dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Takaful Malaysia, Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil turut menerima DPPN yang membawa gelaran Datuk Seri.

Seramai 21 individu menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, antaranya Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Dr Awang Adek Hussin, bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Datuk Rozali Mohamud, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa.

Turut menerima DGPN ialah bekas pakar pathologi di Hospital Pulau Pinang (HPP), Prof Madya Datuk Dr. Bhupinder Singh, bekas Setiusaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus dan lain-lain penerima.

Seramai 18 penerima pula menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk antaranya Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam Pulau Pinang (CCPSS), Datuk Mohamad Anil Shah Abdullah, Pengerusi Penang Chinese Clan Council, Datuk Ang Cho Teing dan lain-lain.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ma’arof Sudin, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Pengurusan), Ahmad Rizal Mohd. Hanapiah antara 117 penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, seramai 107 individu menerima Darjah Johan Negeri, Bintang Cemerlang Negeri (19), Pingat Kelakuan Terpuji (197), Pingat Jasa Kebaktian (333), Pingat Jasa Masyarakat (536) dan Pingat Bakti Setia (29).

Terdahulu dalam sidang akhbar Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang memaklumkan bahawa Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang akan berlangsung selama empat hari bermula esok sehingga 28 Julai.

Menurutnya, istiadat kali ini juga menyaksikan jumlah penerima sebanyak 1,380 orang juga adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun bagi Pulau Pinang. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI