fbpx

Tindakan tegas dalang rosakkan keharmonian agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta perhimpunan memegang plakad ketika Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di hadapan Masjid Putra selepas Solat Jumaat di sini, hari ini.Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA- Kerajaan perlu mengenalpasti dalang yang menyusun agenda bagi menghina kesucian agama berikutan dilihat mampu menjejaskan keharmonian negara.

Penasihat UMMAH, Kamaruzaman Mohamad berkata, isu sensitif sebegini dimainkan tanpa rasa takut melainkan wujudnya dalang di belakang mereka.

Katanya, pihaknya pasti ada dalang yang berada di belakang dan apabila dimainkan, sudah pasti akan mewujudkan pertembungan antara agama dan kaum.

“Isu ini perlu diselesaikan sehingga ke peringkat akar umbi kerana tidak mahu ia berulang kembali.

“Tanpa penyelesaian yang konkrit, sudah pastinya dalang terbabit mendapat manfaat daripada ketidakstabilan negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam selepas di hadapan Masjid Putra, hari ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas pusat, Datuk Awang Hashim berkata, isu ini boleh menimbulkan huru-hara dan pergaduhan.

“Kita tidak boleh mengikut atau dipengaruhi mana-mana pihak. Semua pihak mesti sedar setiap masa kita dikelilingi oleh mereka yang sedang menghina atau memperlekehkan Islam ataupun menyerang Islam di semua sudut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI