fbpx

Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse mengaku tidak salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Rizal (kiri) bersama peguamnya Ramkarpal Singh ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik yang menyentuh sensitiviti kaum melalui tiga laman sosial iaitu Facebook, Instagram dan aplikasi TikTok.

Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya hadapan Hakim Nor Hasniah Ab. Razak.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui laman sosial Facebook, Instagram dan aplikasi TikTok miliknya menggunakan nama profil masing-masing ‘Rizal van Geyzel’, dan rizalvangeysel pada 4, 5 dan 6 Julai.

Ketiga-tiga hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada 13 Julai lalu.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan OKS diikat jamin RM12,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran berkaitan prosiding kes di media sosial.

Tarikh 19 Ogos ini ditetapkan sebutan semula kes. Difahamkan OKS akan membayar jumlah ikat jamin itu hari ini.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman manakala Mohd. Rizal diwakili peguam Ramkarpal Singh.

Terdahulu pada 14 Julai lalu, media melaporkan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI