fbpx

Lebih 30,000 peluang kerja ditawarkan di Ekspo kerjaya Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lebih 30,000 peluang pekerjaan membabitkan 1,000 majikan ditawarkan di Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 mulai esok hingga 27 Julai ini.

Ekspo yang diadakan selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu merupakan anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, dengan berkonsepkan ‘One Stop Employment Solution’, ekspo tersebut bermatlamat meghimpunkan pelbagai peluang pekerjaan dan para majikan di bawah satu bumbung.

“Terdapat lebih 30,000 kekosongan jawatan pelbagai kategori dan sektor pekerjaan termasuk profesional dan pengurusan untuk diisi dengan penglibatan kira-kira 1,000 majikan termasuk sektor ekonomi gig, keusahawanan dan penyedia latihan.

“Antara majikan yang akan menyertai ekspo ini adalah Petronas, ExxonMobil, UMW Holdings, MBSB Bank dan RHB Bank,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, selain inisiatif padanan pekerjaan, ekspo ini turut disertakan dengan pelbagai aktiviti menarik kepada pencari kerja dan pengunjung yang hadir.

“Antaranya ialah kaunseling kerjaya, bantuan penyediaan resume, pertandingan e-Sport, debat Institut Pengajian Tinggi (IPT), ceramah kebolehpasaran pekerjaan serta pameran oleh agensi-agensi kerajaan seperti Tekun Nasional, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),” ujarnya.

Dalam pada itu, program ‘career exploration’ dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut diadakan untuk pelajar- pelajar di peringkat sekolah menengah.

“Pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan dan saringan kesihatan secara percuma serta menikmati tawaran diskaun istimewa bagi saman di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM),” jelasnya.

Orang ramai diminta untuk membuat pra-pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut berkaitan ekspo boleh diakses melalui pautan www.myfuturejobs.gov.my/careerfair. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI