fbpx

Cha Eun-woo benci tengok cermin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHA EUN-WOO

AGAK pelik bunyinya, tetapi mungkin ramai tidak percaya bahawa pelakon kacak Cha Eun-woo sebenarnya benci dan jarang menggunakan cermin.

Perkara tersebut didedahkan Eun-woo, sekali gus memberi alasan tidak suka menggunakan cermin ketika bersiap.

“Kalau tengok cermin, saya selalu didatangi bermacam persoalan dalam fikiran.

“Adakah wajah saya bengkak? Adakah pucat atau bagaimana?

“Jadi untuk elak persoalan itu bermain dalam kepala, saya ambil pendekatan tidak gunakan cermin. Jarang sekali saya menggunakannya,” katanya seperti dipetik AllKpop.

Dalam perkembangan terbaharu, anggota kumpulan Astro itu kini dilantik sebagai duta jenama mewah terkemuka iaitu Dior Beauty.

Selain sibuk dengan jadual seni, Eun-woo sebenarnya suka meluangkan masa melayan hobi berbasikal bersama rakan-rakan terdekat sebagai terapi menghilangkan tekanan kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI