fbpx

Lelaki terapung dengan kaki tangan hilang digigit buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba mengangkat mayat mangsa yang kurang sempurna untuk diserahkan kepada polis awal pagi tadi.

SARATOK – Seorang lelaki yang hilang ketika memancing dijumpai terapung dengan kedua-dua tangan dan kaki sudah tiada dipercayai digigit buaya berdekatan loji air Kampung Seberang Meludam, di sini awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menerima panggilan pada pukul 7.25 pagi semalam memaklumkan terdapat laporan mangsa hilang dan tidak pulang ke rumah.

“Mangsa yang dikenali Abang Mohd. Norazat Abang Salim berusia 28 tahun dilaporkan hilang ketika menangkap ikan pada 19 Julai lalu di pantai hulu Sungai Kampung Seberang Meludam.

“Lima anggota dan pegawai bomba telah bergerak ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya memulakan operasi pencarian,” ujarnya.

Menurutnya, memasuki hari kedua pencarian, pihak bertugas dimaklumkan oleh bapa mangsa bersama tiga penduduk kampung berhubung penemuan mayat mangsa dalam keadaan terapung di hulu sungai berdekatan loji air Meludam.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dimana terdapat kesan gigitan dipercayai buaya pada bahagian muka, manakala kedua-dua kaki dan tangannya juga sudah tiada.

“Mayat mangsa telah dibawa pihak bomba menggunakan bot dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI