fbpx

Dua lagi suspek diberkas kes bunuh di Jalan Tun H.S Lee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan siasatan di lokasi kejadian di Jalan Tun H.S Lee.

KUALA LUMPUR – Polis memberkas dua lagi lelaki warga asing hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan hingga menyebabkan seorang lelaki terbunuh manakala dua lagi cedera parah di Jalan Tun H.S Lee, di sini pada 19 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua suspek ditahan antara pukul 12.55 tengah hari hingga 2 petang hari ini di Brickfields dan Petaling Jaya.

“Suspek yang merupakan warga asing berusia 40 hingga 46 tahun diberkas oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” ujarnya sebentar tadi.

Menurut beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian yang menyebabkan berlakunya pergaduhan.

“Namun begitu, kita percaya dengan penahanan dua suspek ini termasuk suspek utama yang berusia 46 tahun akan dapat menimbulkan motif kejadian,” ujarnya.

Jelasnya, kedua-dua suspek ini akan direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 27 Julai ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, dengan penahanan dua suspek hari ini menjadikan keseluruhan tiga suspek sudah diberkas setakat ini.

Terdahulu, seorang lelaki warga asing maut manakala dua lagi cedera parah selepas disyaki ditikam dalam satu pergaduhan di Jalan Tun H.S Lee, dekat sini pada 19 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI