fbpx

Akta Orang Asli 1954 perlu dipinda, tambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir Khalid bersalaman dengan Batin pada majlis Perhimpunan Perdana Batin / Penghulu Orang Asli Bersama Pemimpin Tahun 2022 di Hotel Vivatel, di sini hari ini. Turut serta Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Sapiah Mohd. Nor. - FOTO: FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan meneruskan usaha pemindaan Akta Orang Asli 134 bagi tujuan penambahbaikan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keperluan menambah baik akta tersebut adalah perlu memandangkan kali terakhir ia dipinda adalah pada tahun 1967.

“Jakoa selaku jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal berkaitan Orang Asli telah membuat permohonan untuk meminda Akta 134 pada tahun 2019.

“Pindaan ini melibatkan kajian perundangan serta sesi libat urus bersama pelbagai pihak termasuk institusi kepimpinan masyarakat Orang Asli,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Perdana Batin/Penghulu Orang Asli Bersama Pemimpin Tahun 2022 di Hotel Vivatel, di sini hari ini.

Katanya, penempatan Orang Asli pada kebiasaannya adalah di Kampung Orang Asli (KOA) yang kebanyakan merupakan kawasan atau Rizab Orang Asli.

“Kawasan ini diwartakan di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), manakala, di bawah Kanun Tanah Negara (Akta 828), perizaban tanah untuk awam (masyarakat Orang Asli) dan juga warta sebelum merdeka di bawah Rizab Sakai mengikut Enakmen Negeri.

“Pada ketika ini terdapat 215 KOA telah diwartakan di bawah Akta 134, Akta 828 dan Rizab Sakai,” ujarnya.

Tambahnya, kini, sebanyak 524 KOA yang dimohon telah dilaksanakan manakala 114 KOA masih dalam proses perancangan untuk diselesaikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI