fbpx
Gloria bersama anak-anak yang masih tinggal bersamanya. - NTV Mwasuze Mutya

Wanita ditinggal suami kerana lahirkan 5 pasangan kembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA, Uganda – Seorang wanita dari Uganda ditinggalkan suaminya selepas melahirkan pasangan kembar kelima mereka dengan alasan keadaan tersebut adalah tidak normal, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.

Nalongo Gloria, telah ditinggalkan oleh suaminya, Ssalongo ketika dia melahirkan anak kesembilan dan kesepuluh mereka.

“Tiga hari selepas saya disahkan hamil anak kembar kelima kami, suami saya memberitahu dia tidak sanggup menjaga anak yang terlalu ramai dan menyuruh saya pulang ke kampung halaman.

“Namun, saya tiada tempat untuk dituju kerana saya datang ke Kampala untuk bekerja sebagai pembantu rumah,” kata Gloria.

Gloria dan anak-anaknya kini menyewa sebuah rumah kecil bersama sebahagian daripada anak-anaknya.

“Saya tidak menyesal melahirkan anak-anak ini walaupun kewujudan mereka dinafikan oleh bapa sendiri.

“Kini, saya perlu memikirkan ke mana mahu pergi apabila tuan rumah memaklumkan dia tidak suka saya dan anak-anak tinggal di sini,” katanya. 

Tambah Gloria, beberapa anaknya yang sudah dewasa sudah membawa haluan hidup masing-masing dan dia tidak tahu lokasi mereka yang terkini. – Agensi

POPULAR

BERITA BERKAITAN