fbpx

Prakelayakan RFP LRT Bayan Lepas bermula 25 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tiga kiri) ketika menyerahkan sumbangan kepada pelajar cemerlang Pulau Pinang yang melanjutkan pelajaran ke Massachusetts Institute of Technology (MIT) Amerika Syarikat di Komtar, George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan peringkat prakelayakan bagi proses permohonan pengemukaan cadangan (Request for Proposal atau RFP) pelaksanaan komponen Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas akan bermula pada 25 Julai ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tempoh prakelayakan itu akan berlangsung selama sebulan sehingga 24 Ogos ini bagi membolehkan syarikat berminat mengemukakan maklumat masing-masing.

“Syarikat yang berminat diminta melayari pautan https://tender.penanginfra.com/home untuk mengemukakan maklumat masing-masing pada tempoh masa ditetapkan.

“Melalui laman web Penang Infrastructure Corporation (PIC) Sdn. Bhd., penanginfra.com, mereka yang berminat boleh memohon untuk mendapatkan akses bagi memuat turun dokumen prakelayakan dan bayaran untuk dokumen berkaitan adalah bernilai RM2,000 dan perlu dibayar kepada PIC,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, tarikh serta tempoh masa untuk menghantar dokumen kepada PIC adalah 24 Ogos selewat-lewatnya pada pukul 12 tengah hari.

“Proses penilaian dijangka mengambil masa minggu hingga 8 September. Syarikat yang berjaya disenarai pendek berdasarkan pengalaman, kepakaran dan kebolehan dari segi teknilal serta kewangan dijemput menyertai proses RFP bagi komponen Bayan Lepas,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri komited untuk merealisasikan projek LRT Bayan Lepas itu bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berkualiti bagi manfaat rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI