fbpx

47 laporan polis diterima kes tipu haji furada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis setakat ini menerima sebanyak 47 laporan berhubung kes penipuan visa haji furada mengakibatkan kerugian RM2 juta oleh dua ejen pelancongan yang beroperasi di Danau Kota, Setapak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, tiga wanita merupakan antara lima individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kesemua suspek berusia 28 hingga 51 tahun itu direman selama tiga hari sehingga 16 Julai lalu.

“Setelah tamat tempoh reman, mereka diserahkan kepada Polis Johor untuk siasatan berkaitan modus operandi sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MEnurut Azmi, beberapa tindakan sedang diambil bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Polis menggesa orang ramai yang menjadi mangsa tipu supaya membuat laporan polis dengan segera. Maklumat berkaitan kes itu boleh disalurkan dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, akhbar melaporkan lebih 380 bakal jemaah haji yang menggunakan visa furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Lima individu terdiri dua lelaki dan tiga wanita ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara pada 8 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI