fbpx

Polis terima 121 laporan tipu haji dan umrah, jemaah rugi RM5.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar bakal jemaah yang terkandas di KLIA selepas dipercayai ditipu agensi pelancongan swasta baru-baru ini.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan menerima sebanyak 121 laporan kes penipuan pakej ibadah haji dan umrah yang menyebabkan kerugian kira-kira RM5.1 juta.

Difahamkan, jumlah laporan yang diterima berdasarkan penipuan melibatkan tiga agensi pelancongan tersohor.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, 121 laporan yang diterima termasuk sembilan negeri melibatkan 323 mangsa.

“Negeri yang mencatatkan kerugian tertinggi adalah di Kuala Lumpur yang mana polis menerima sebanyak 48 laporan melibatkan kerugian sebanyak RM2.07 juta.

“Selain itu, sebanyak 30 kes dilaporkan berlaku di Selangor dengan kerugian mencecah RM956,300,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, 18 kes turut dilaporkan di Pahang melibatkan kerugian sebanyak RM1.24 juta.

Menurut Noorsiah, sebanyak enam laporan polis diterima di Kelantan, Perak dan Johor berhubung penipuan haji furada.

Tambahnya, tiga kes dilaporkan di Kedah, Negeri Sembilan (2), Terengganu (1) dan Pulau Pinang (1). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI