fbpx

Maritim Malaysia tahan empat PATI termasuk tekong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA orang lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia ditahan oleh pihak Maritim Malaysia dalam cubaan menyeludup pendatang tanpa izin keluar dari negara ini di perairan Port Dickson awal pagi tadi.

PORT DICKSON – Maritim Malaysia (APMM) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menahan tiga lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia dalam cubaan menyeludup pendatang tanpa izin (PATI) di perairan Port Dickson awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, kesemua mereka ditahan apabila melalui jalan yang tidak diwartakan di perairan berkenaan ketika bot ronda Maritim Malaysia membuat rondaan operasi mengesan sebuah bot pergerakan mencurigakan.

“Ketika kejadian, pasukan operasi telah mengarahkan bot untuk berhenti namun tidak diendahkan suspek sebelum berjaya dipintas dan bot suspek berjaya ditahan sekitar pukul 2.30 pagi di kedudukan lebih kurang 8 batu nautika barat daya Port Dickson.

“Pemeriksaan dilakukan ke atas bot gentian kaca berwarna kelabu tanpa nombor pendaftaran itu terdapat tiga orang lelaki dipercayai tekong dan awak-awak serta seorang wanita warga berada dalam bot berusia antara 21 hingga 53 tahun dan tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka termasuk bot seterusnya ditahan dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI