fbpx

Mangsa ‘love scam’ Thailand takut disaman isteri penipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada mangsa ‘love scam’ yang tampil membuat laporan polis mengenai apa yang berlaku pada mereka. - Sanook

BANGKOK – Sekumpulan wanita di Thailand meminta nasihat guaman kerana bimbang disaman oleh isteri seorang lelaki penipu yang menjalin hubungan sulit dengan mereka, lapor laman berita Thaiger, semalam.

Seorang peguam, Ratchapon Sirisakhon mendedahkan bahawa dia telah didatangi oleh wakil kumpulan wanita tersebut di pejabatnya di wilayah Nontha Buri.

Seramai 12 wanita berusia 40 hingga 60 tahun menjadi mangsa penipuan cinta oleh lelaki bernama Pu berusia 60 tahun.

Ratchapon memaklumkan kesemua wanita berkenaan berasa takut disaman oleh isteri Po selepas kisah mereka tular di media sosial.

Menurut salah seorang mangsa, Noo Ya, yang berusia 56 tahun, dia mengenali lelaki itu menerusi laman Facebook dan Pu memberitahu bahawa isterinya sudah meninggal dunia lapan tahun lalu.

Pu juga memberitahu semua mangsa bahawa dia merupakan pengarah urusan sebuah syarikat Jepun di Thailand.

Lelaki berkenaan turut mewujudkan lapan akaun Facebook, empat akaun Instagram dan tiga akaun Line untuk mengumpan wanita bagi terlibat dalam hubungan seksual. Ibu tunggal merupakan mangsa yang menjadi sasarannya.

Selepas Pu mendapat apa yang dia mahu, dia akan menghilangkan diri.

Modus operandi lelaki itu terbongkar selepas Noo Ya mendedahkan bagaimana dia telah dilayan dengan teruk oleh lelaki berkenaan dalam satu catatan di Facebook.

Hantaran itu menarik perhatian 11 wanita lain yang turut mengalami nasib sama.

Ratchapon mengesyorkan bahawa setiap wanita perlu memfailkan aduan berasingan di balai polis.

Mengikut undang-undang Thailand, isteri pertama yang sah boleh menyaman perempuan simpanan yang mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.

Bagaimanapun, pertuduhan itu boleh ditolak jika perempuan simpanan tersebut dapat membuktikan bahawa dia ditipu untuk terlibat dalam hubungan berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI