fbpx

Malaysia komited laksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia menegaskan komitmen untuk kekal melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 selaras dengan sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, misi itu turut terkandung dalam pelan pembangunan lima tahun iaitu Rancangan Malaysia Ke-12.

“Malaysia turut mengalu-alukan kerjasama setiap negara anggota PBB dalam perkongsian amalan terbaik, pengetahuan dan kepakaran teknikal bagi merealisasikan Agenda 2030,” katanya.

Pernyataan beliau itu disiarkan menerusi kenyataan Kementerian Luar bersempena Forum Politik Peringkat Tinggi PBB 2022 (HLPF) yang berlangsung dari 5 Julai lalu sehingga hari ini.

HLPF 2022 memberi penekanan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) berkaitan pendidikan berkualiti, kesaksamaan jantina, kehidupan air dan darat serta kerjasama global.

Mengulas lanjut, Mustapa memaklumkan bahawa kerjasama anggota PBB itu boleh membina kapasiti dalam bidang perubahan iklim, pembasmian kemiskinan, pendigitalan dan inovasi.

“Malaysia juga berjaya menganjurkan dua acara di sela HLPF 2022 menerusi Wisma Putra dan Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama Kumpulan Rentas Parti Parlimen,” katanya.

Selain itu ujar kenyataan tersebut, Malaysia bersama Indonesia dan Filipina juga menganjurkan program kedua dengan kerjasama pihak Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI