fbpx

Lelaki disyaki curi getah sekerap cedera dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan motosikal milik seorang lelaki disyaki pencuri getah dipercayai dibakar di Kampung Nai Teh, Kuala Nerang semalam.

KUALA NERANG – Polis sedang mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki disyaki pencuri getah sekerap yang dibelasah dalam kejadian di tepi jalan Kampung Nai Teh di sini semalam.

Terdahulu, tular video memaparkan keadaan seorang lelaki dengan wajah berdarah dipercayai akibat dipukul selepas didakwa mencuri getah sekerap selain motosikalnya turut dibakar.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar memberitahu, pihaknya mengesan dua video memaparkan kejadian tersebut di media sosial pada pukul 2.26 petang tadi.

Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku di tepi jalan Kampung Nai Teh di sini pada pukul 8.10 malam semalam.

“Terdapat satu laporan polis bersabit kes curi tersebut yang mana suspek diserahkan orang awam kepada pihak polis dalam keadaan cedera di beberapa bahagian badan.

“Kita kemudian membuat laporan tangkapan semula dengan kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dua laporan polis diterima berkaitan kes yang ditularkan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 KK kerana khianat dengan api dan Seksyen 324 KK kerana mendatangkan kecederaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI