fbpx

Jokowi umum peraturan atasi keganasan kanak-kanak di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Jokowi mengeluarkan Peraturan Presiden mengenai Strategi Nasional Penghapusan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak. -ANTARA FOTO/BPMI

JAKARTA – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengeluarkan Peraturan Presiden No. 101 Tahun 2022 mengenai Strategi Nasional Penghapusan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Perintah itu ditandatangani beliau pada Jumaat lalu di tengah-tengah peningkatan kes gangguan seksual yang berleluasa di institusi pendidikan.

“Bahawa untuk melindungi kanak-kanak daripada keganasan dan diskriminasi, perlu meningkatkan usaha untuk mencegah dan menangani keganasan dan diskriminasi terhadap kanak-kanak,” demikian peraturan berkenaan.

Perkara lain yang menjadi pertimbangan pada ketika ini adalah jumlah kes keganasan terhadap kanak-kanak di Indonesia masih tinggi sehingga peranan pemerintah perlu dioptimumkan.

Berdasarkan data kerajaan, dari 2016 hingga 2020, seramai 54,366 kanak-kanak menjadi mangsa keganasan. Daripada jumlah ini, 37,435 mangsa adalah perempuan, manakala 16,931 ialah lelaki.

Data menunjukkan secara amnya, terdapat peningkatan kes daripada 7,879 mangsa pada 2016 kepada 10,770 mangsa pada 2020. 

Tambahan pula, pertimbangan lain Jokowi dalam mengeluarkan peraturan ini ialah undang-undang dan peraturan semasa berkaitan penghapusan keganasan terhadap kanak-kanak masih belum optimum dalam memberikan pencegahan dan rawatan.

Peraturan Presiden ini bertujuan membentuk strategi nasional yang akan menjadi rujukan kepada pemerintah pusat dan daerah dalam mencegah dan menangani kekerasan terhadap kanak-kanak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI