fbpx

Jenayah penipuan dalam talian catat RM2.9 bilion kerugian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 89,798 kes berhubung jenayah penipuan atas talian dengan nilai kerugian lebih RM2.9 bilion direkodkan bagi tahun 2017 hingga Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, berikutan itu, seramai 42,884 tangkapan dibuat dan 25,891 pertuduhan telah dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, kes penipuan seperti Macau Scam, Love Scam, African Scam, Tipu Pinjaman Tidak Wujud, Tipu SMS dan Belian Online mencatatkan kes paling tinggi iaitu sebanyak 32,791 kes.

“PDRM mewujudkan platform akaun Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police bagi berkongsi maklumat dan memberi amaran kepada orang ramai mengenai ancaman penipuan atas talian ini.

“PDRM juga membangunkan satu portal untuk memudahkan masyarakat membuat semakan nombor telefon sindiket atau akaun-akaun bank yang digunakan oleh sindiket dalam urusan pindahan wang mangsa ke akaun sindiket,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada Datuk Zakaria Mohd. Edris (PN-Libaran) mengenai pendekatan diambil kerajaan dalam membanteras jenayah komersial membabitkan penipuan dalam talian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI