fbpx

Fazura raih Anugerah Selebriti Paling Cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FAZURA

PETALING JAYA – Pelakon, penyanyi dan juga usahawan terkenal, Fazura melakar kejayaan peribadi selepas diangkat sebagai penerima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang (wanita) di majlis anugerah World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards kali ke-3.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya melahirkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diraih.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada insan-insan,, terutama keluarga yang banyak memberi sokongan terhadapnya selama ini.

“Saya bersyukur dan berterima kasih atas pengiktirafan ini dan mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, Fattah Amin dan puteri tersayang kami, Fatimah kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada abang saya, Ahmad Faiz yang juga merupakan mentor dan rakan perniagaan saya sejak sedekad lalu (10 tahun). Banyak yang telah kami lalui bersama,” ucapnya.

Pelakon filem Pisau Cukur itu juga tidak melupakan pasukannya, FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi untuk memajukan perniagaan yang diusahakan serta pengurusnya, Iman Tang yang turut sama menjadi tulang belakang dalam kariernya sebagai anak seni.

Ujar Fazura lagi, pengiktirafan yang diraih juga tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada penyokong peminat yang membeli produknya.

“Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan dan penyokong saya termasuk peminat/ Saya sangat hargai sokongan dan doa kesayangan semua.

“Sekali lagi terima kasih semua dan terus doakan kejayaan kita bersama. Mudah-mudahan, amin,” tulisnya.

Selain Fazura, majlis pada malam tersebut juga mengiktiraf pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi apabila dijulang sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI