fbpx

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita menerima paket garam sedangkan dia membeli telefon bimbit. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita yang tertipu setelah membeli telefon bimbit murah secara online tetapi menerima sebungkus garam, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @statusfakta. 

Menerusi video berkenaan, wanita terbabit meminta penghantar barang membuka bungkusan untuk mengetahui barang yang diterimanya.

Wanita itu curiga dengan kandungan bungkusan yang dihantar kepadanya. Dia curiga kerana harga telefon bimbit yang dibeli sangat murah.

Penghantar barang itu membuka bungkusan tersebut menggunakan pisau pemotong. 

“Saya takut ia mengandungi sabun atau sebagainya. Kalau tipu saya akan pulangkan dan video ini saya hantar kepada penjual,” katanya.

Tidak lama kemudian, penghantar barang itu terkejut setelah mengeluarkan sepeket garam dapur daripada bungkusan itu. Wanita itu kemudian meminta bungkusan itu dikembalikan.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pelik juga tahu harga murah tetap dibeli,” kata seorang netizen.

“Yang kurang bijak anda. Dah tahu banyak penipuan hari ini. Mana ada telefon harga semurah itu,” komen netizen lain.

Iklan telefon bimbit berkenaan menyebut harganya cuma 350,000 rupiah (RM104) – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI