fbpx

3,935 kes baharu Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 3,935 kes dilaporkan semalam dengan satu kes import berbanding 5,047 kes kelmarin yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,585,143 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 30 kes aktif telah direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 42,511 manakala sebanyak 3,899 kes sembuh daripada Covid-19 juga telah direkodkan.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,491 diikuti Kuala Lumpur (1,055), Perak (268), Pulau Pinang (232), Sabah (231), Negeri Sembilan (187), Melaka (108), Johor (86) dan Kedah (80).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Pahang (70), Sarawak (38), Kelantan (32), Terengganu (31), Putrajaya (12), Perlis (lapan), dan Labuan (tujuh),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 10 kematian telah dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,855 dan BID 7,605.

Sebanyak 40,933 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,484 kes di hospital, 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 38 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI